10 Selebriti Dapat Gelaran Baru Tahun 2017

Tahun 2017 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Tahun ini juga boleh dikatakan ramai selebriti yang dikurniakan gelaran baru.

Gelaran baru yang dimaksudkan ialah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Ini antara 10 senarai selebriti yang menerima gelaran baru sepanjang tahun tahun 2017.

1. DATUK SERI SITI NURHALIZA

Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza, dianugerahkan darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

2. DATUK ADI PUTRA

Pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

3. DATUK JOVIAN MANDANGIE

Pereka fesyen, Jovian Mandangie, yang dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.

4. DATUK SERI EIZLAN YUSOF

Pelakon Datuk Eizlan Yusof dianugerahkan darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

5. DATUK SERI MARIA MENADO

Lagenda industri seni negara, Datuk Maria Menadi dianugerahkan darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

6. DATUK AFDLIN SHAUKI

Pada September lalu, pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

7. DATUK SERI ALIFF SYUKRI

Usahawan Kosmetik pula dianugerahkan darjah Sri Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri pada September lalu.

8. DATUK AWIE

Vokalis Wings, Awie dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang ke-86 bagi tahun 2017.

9. DATUK FARID KAMIL

Minggu lalu, pelakon Farid Kamil turut dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang membawa gelaran Datuk.

10. DATUK AARON AZIZ

Turut bersama-sama Farid Kamil, pelakon dari Singapura, Aaron Aziz, turut dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari Sultan Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *