Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Anak Amar Baharin, Amyra Rosli

Semalam telah berlangsungnya majlis aqiqah untuk putera sulung pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli, yang bertempat di Rosa Event Space, Kuala Lumpur. Majlis yang indah bertemakan ‘prince’ memainkan warna putih biru itu turut dihadiri saudara terdekat pasangan.

Menerusi akaun Instagram, beberapa gambar di sekitar majlis tersebut dikongsi peminat. Biarpun pasangan ini mengambil masa agak lama untuk mendedahkan wajah bayi, ianya tetap mengujakan semua orang yang menanti untuk bertemu bayi yang diberi nama Aqeef Anaqi.

Baru-baru ini juga dikhabarkan Amar telah menghadiahkan Amyra sebuah kereta mewah bagi menghargai pengorbanan isterinya itu melahirkan zuriat buat mereka. Luahan terima kasih itu turut dikongsi di laman sosial Amyra sambil memuat naik gambar bayi comel mereka.

Dengan ini kami kongsikan beberapa momen indah di sekitar majlis aqiqah bayi Amar dan Amyra semalam. Enjoice! (rtky/w)








Kredit GambarMelur Putih