Kahwin Kali Keempat, Tauke Jual Ubat Kuat Lelaki

Baru saja mendirikan rumah tangga buat kali keempat, pelawak popular Tauke Jambu tidak segan untuk menjual produk kesihatan atau ubat kuat untuk lelaki.

Pelakon berusia 41 tahun itu berkata, produk yang diberi nama Kama-Max itu bakal dilancarkan tidak lama lagi selepas mengusahakan sejak pertengahan tahun lalu.

Menurutnya idea untuk menghasilkan ubat kuat tersebut untuk membantu lelaki diluar sana yang mengalami masalah lemah tenaga batin.

“Ini adalah masalah lelaki yang malu untuk bertanya, jadi saya fikir ingin membantu kaum Adam sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

Tauke juga mengaku selepas memuat naik beberapa foto untuk mempromosikan produknya itu, dia menerima banyak mesej daripada lelaki yang mengalami masalah berkenaan.

“Ramai juga yang hantar mesej kepada saya bertanya tentang masalah lelaki selepas mereka tahu saya jual ubat ini. Saya tidak kisah yang mana boleh bantu kita cuba bantu.

“Perkara ini boleh menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga dan saya suka nak membantu mana-mana yang mempunyai masalah tersebut.” ujarnya lagi.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *